Sabtu, 18 Julai 2015

AKU & TAKAFUL

Assalaamualaikum dan salam sejahtera., Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta semesta alam...

    Blog ini pada asasnya di bangunkan oleh saya untuk memberi penerangan kepada pembaca sekalian tentang TAKAFUL atau lebih dikenali sebagai INSURANS. Segala persoalan yang timbul dan diajukan kepada saya akan di jawab dengan secepat mungkin dan serta penerangan yang tepat. Soalan specific tentang penyakit akan saya jawab berdasarkan pandangan seorang doktor:)

     Saya pasti di luar sana ramai lagi yang tidak faham dan kurang jelas ataupun masih ragu-ragu tentang takful. Hal ini sebenarnya tidak pelik kerana saya sendiri pun pernah melalui situasi seperti itu. Saya pada asalnya sangat "allergik" apabila mendengar perkataan INSURAN/TAKAFUL. Sebab apa? sebab saya selalu mendengar dan membaca artikel di internet dan facebook yang mengatakan syarikat insuran hanya mahukan duit pelanggan dan claim sangat susah!!!. Apabila saya di hampiri oleh ejen insuran, saya akan menjawab sudah ada polisi supaya saya tidak lagi diganggu walhal saya tidak memiliki sebarang polisi. Saya sangat Negatif dan tidak memberi peluang kepada ejen untuk 'explain' kepada saya tentang TAKAFUL/INSURAN.
   
   Sukar untuk saya mempercayai, daripada dulunya saya yang terlalu Negative menjadi sangat Positif terhadap produk TAKAFUL/INSURAN. Ia sebenarnya bermula selepas timbul rasa ingin tahu apa sebenarnya TAKAFUL/INSURAN setelah melihat seorang seorang Doktor yang senior daripada saya telah mendapat serangan jantung ketika sedang bermain tenis pada hari itu 2014,beliau telah datang ke unit kecemasan dan telah meminta pihak kami 'transfer' beliau ke sebuah private hospital setelah disahkan mengalami serangan jantung untuk menjalani rawatan PCI iaitu satu rawatan GOLD STANDARD (rawatan paling bagus untuk serangan jantung iaitu memasukkan wayar kedalam saluran jantung dan membuka laluan saluran darah yang tersumbat dan dapat menyelamatkan tisu2 jantung daripada mati) memandangkan tidak semua hospital kerajaan mempunyai fasiliti tersebut dan hospital tempat saya bertugas tidak mempunyai nya. Biasanya kami akan memberi ubat dan di masukkan kedalam ward untuk observation sekurang2nya 3 hari. Pesakit biasanya akan mendapat temujanji yang berbulan-bulan lama nya untuk membuat echocardigram dan angiogram yang mana pada ketika itu tisu2 jantung telah mati sebahagiannya. Alhamdulillah kawan saya dapat diselamatkan dan kos untuk rawatan itu sebanyak rm40,000 telah di tanggung sepenuhnya oleh pihak TAKAFUL/INSURAN.

 Maka betul lah pepatah cakap, "MALANG TIDAK BERBAU".

     Saya telah mengambil inisiatif sendiri mencari seorang ejen takaful dan meminta beliau 'explain' kepada saya apa sebenarnya takaful/insuran. Alhamdulillah, pada hari itu saya sangat teruja setelah faham apa sebenarnya takaful. Saya telah mengambil keputusan untuk mengambil MEDICAL CARD untuk saya dan isteri pada hari yang sama tanpa berlengah lagi. walaupun banyak masalah tentang penyakit ejen saya tidak dapat jawab disebab kan soalan saya sangat detail pasal penyakit (maklum lah doktor tanya pasal penyakit, memang habislah..hehe..sebenarnya saya dah jelas pasal penyakit tapi saja untuk menguji ejen saya;p). tapi saya tertarik kepada beliau kerana jujur bagitahu, bukan main hentam bagitahu pasal penyakit.

     Saya pulang kerumah, saya telah mula berkempen kepada ahli keluarga saya dan kawan2 tentang kepentingan ambil perlindungan takaful. Saya fikir adalah sangat penting atleast setiap ketua keluarga mempunyai perlindungan. Pada ketika itu saya belum menjadi seorang ejen, saya berkempen hanyalah atas perasaan kesedaran dan rasa tanggungjawab saya kepada masyarakat untuk memiliki perlindungan.

    Saya mengambil keputusan untuk menjadi seorang ejen setelah disapa oleh seorang sahabat pada awal tahun 2015 yang telah mengajak saya untuk menjadi seorang ejen. Banyak kritikan dan persoalan yang diterima oleh orang sekeliling. Antara soalan yang 'femes' ialah "Dr pun jual insuran? bukan gaji dah besar ker?" ... SAYA HANYA SENYUM:)

 (POSTING BERKENAAN TENTANG SEJARAH TAKAFUL/INSURAN AKAN DI POST PADA POSTING YANG LAIN) 

DR RAHMAT
PERUNDING TAKAFUL PRUDENTIAL-BSN
+6017-3110534

Tiada ulasan:

Catat Ulasan