Isnin, 20 Julai 2015

Apa itu Insuran dan Takaful?

Assalaamualaikum wbt..

Insuran vs takaful? Saya percaya masih ramai di luar sana kurang faham dan tidak jelas apa perbezaan antara 2 produk di atas..
Pada entry kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian tentang sejarah insuran dan perbezaan produk2 ini...

Insuran telah wujud semenjak lebih 100 tahun yang lalu.. Ia bermula apabila sebilangan pemilik kapal berkumpul dan berbincang macam mana untuk mengelakkan kerugian akibat pada masa itu terdapat banyak kejadian rompakan kapal, perlanggaran di tengah laut dan kerosakan barang kargo.
Maka telah timbul idea untuk menubuhkan sebuah syarikat yang mana sedia untuk menanggung segala risiko yang bakal terjadi iaitu bayaran pampasan dengan meletakkan syarat bayaran premium tertentu hendaklah dibayar kepada syarikat tersebut.

Konsep asal insuran adalah "memindah kan risiko"..
Ini bermakana , apabila berlaku apa2 kejadian yang menyebabkan berlaku kerugian, syarikat akan menanggung dan bukan pemilik..
Ya!! Pengambilan insuran tidak akan menjadikan kaya.. Dan ia adalah betul dan saya tidak nafikan..
Pengambilan insuran sebenarnya adalah untuk "mengelakkan anda/pembeli polisi rugi dan mengembalikan kedudukan kewangan anda/pembeli polisi dalam keadaan asal sebelum berlaku nya kemalangan ataupun kerugian"..

Pada zaman moden ini, duit pembayar polisi ini syarikat akan gunakan untuk membayar pampasan, dan sebahagian nya akan di laburkan untuk menjana keuntungan...
Insuran ada lah tidak halal(haram) kepada orang islam adalah disebab kn duit pelaburan tersebut dilaburkan di tempat judi dan riba..

Maka, sebuah mekanisma di wujudkan untuk membolehkan org islam mempunyai polisi perlindungan iaitu mewujudkan takaful.. Konsep asal sama sahaja mcm insuran tp yg membezakan adalah duit pelaburan tersebut kerana terdapat badan khas syariah dalam syarikat tersebut untuk mengawal pelaburan tersebut demi memastikan patuh syarak..

Takaful adalah satu produk dan bukan sebuah syarikat... Ramai yang terkeliru..
Sebab itulah wujud takaful prudentialBSN, takaful etika, takaful ikhlas, dan lain2..

Takaful bermaksud "tolong menolong".. Kenapa dikatakan tolong menolong??
Saya akan kupaskan pada entry berikutnya dibawah tajuk "Kenapa perlu medical card":)

Wassalam.

Untuk free quotation, sila hubungi saya

dr rahmat
Perunding takaful prudential
017-3110534

1 ulasan: